Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
247) TANAH MILIK KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk mencagar tanah milik kerajaan sepanjang sungai di Negeri Selangor untuk memastikan kelangsungan projek Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB)?
Zon Pembangunan Ekonomi Selangor Maritime Gateway (ZPE SMG) yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri merangkumi penyelesaian holistik yang akan memberi manfaat kepada semua anak-anak syarikat milikan Kerajaan Negeri sebagai pemangkin ekonomi di era pasca pandamik.
ZPE SMG yang diluluskan tersebut adalah selaras dengan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) 2021-2025 yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri bagi mengukuhkan status Selangor sebagai pusat pertumbuhan ekonomi dan destinasi utama bagi pelaburan berkualiti di dalam Malaysia dan di rantau Asia;
- Dokumen tunggal yang bertindak sebagai pelan rancangan pembangunan lima tahun menyeluruh bagi negeri Selangor;
- Pelan dirangka berpandukan strategi dan inisiatif jangka pendek, sederhana dan panjang bagi mencapai visi untuk menjadikan Selangor sebagai sebuah Negeri pintar, makmur dan berdaya huni menjelang tahun 2025;
- RS-1 ini juga selaras dengan Rancangan Malaysia ke-12 yang dibangunkan di peringkat Kerajaan Persekutuan.
Pembangunan ekonomi Selangor bergantung kepada dua kategori utama iaitu;
- Pembangunan berfokuskan sektor
- Mengenalpasti sektor pembangunan tinggi untuk terus dipertingkatkan dan dibangunkan;
- Mengenalpasti sektor baharu dan yang pesat membangun dengan potensi pertumbuhan tinggi; dan
- Mengukuhkan sektor strategik untuk menjaga kepentingan dan keselamatan Selangor, seperti jaminan makanan dan sembilan sektor fokus ekonomi iaitu pelabuhan dan logistik, ekonomi digital, elektrikal & elektronik dan mekanikal & kejuteraan, sains hayat, pelancongan, aeroangkasa, automotif, halal dan agroteknologi.
- Pembangunan berfokuskan geografi
- Selangor menyasarkan pengagihan aktiviti ekonomi yang saksama di semua daerah untuk mencapai pengagihan kekayaan yang adil; dan
- Pembangunan berfokus geografi akan memberi tumpuan dan membuka peluang meneroka potensi dan nilai aset setempat selain menjana ekonomiyang lebih kukuh dan seimbang.