Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
243) BANTUAN SEKOLAH SK & SMK
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah peruntukan telah disediakan kepada SK dan SMK dalam program Bantuan Sekolah Negeri Selangor?
Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) Ke 10/2022 pada 13 April 2022 telah meluluskan cadangan pemanjangan permohonan Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor kepada Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK). Oleh itu, Kerajaan Negeri telah membuka permohonan bagi Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor kepada SK dan SMK pada 29 April – 30 Mei 2022 di laman sesawang https://www.ssipr.selangor.gov.my.
Jumlah peruntukan bagi kategori SK dan SMK pada tahun 2022 adalah sebanyak RM1.5 juta.
-
Apakah sebab Kerajaan Negeri melaksanakan program ini?
Bantuan ini mengkhususkan kepada menaik taraf, penyelenggaraan fasiliti dan bangunan sekolah. Tujuan utama pelaksanaan program ini adalah untuk mewujudkan suasana dan persekitaran yang kondusif bagi pembelajaran di sekolah.
Melalui bantuan ini, pelajar-pelajar sekolah di Negeri Selangor yang menjadi keutamaan mendapat persekitaran yang kondusif untuk sesi pembelajaran.
-
Berapa sekolah SK dan SMK telah memohon untuk bantuan ini?
Pada tahun 2022, penerima manfaat bagi Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor adalah sebanyak 76 bagi SK dan 43 bagi SMK dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM1,495,000.00.