Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
240) ANCAMAN DENGGI DI PETALING JAYA
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila senaraikan "hot spot" untuk kes denggi di bawah DUN Bandar Utama.
Senarai hotspot kes denggi di bawah PKD PETALING sehingga 5 Julai 2022 adalah seperti berikut:
-
Dengan peningkatan kes denggi baru-baru ini, apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi memastikan penurunan kes denggi di kawasan Petaling Jaya dan DUN Bandar Utama?
Aktiviti utama yang dilaksana adalah:
- Penghapusan Tempat Pembiakan Nyamuk (PTP)
- Semburan Ruang Thermal
- Semburan ULV iv. Aktiviti Pendidikan Kesihatan Denggi
- Aktiviti penguatkuasaan / perundangan
Antara usaha untuk masa jangka panjang yang sedang dan akan dilaksana termasuklah:
- Membincangkan isu denggi di peringkat daerah secara terperinci untuk tindakan yang diambil oleh pihak terlibat melalui Mesyuarat Tindakan Denggi Peringkat Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah dan turut dihadiri oleh kesemua agensi terlibat seperti PKD, PBT, Ahli Majlis dan sebagainya.
- Membincangkan isu serta punca pembiakan denggi di lokasi terlibat bersama penduduk / ahli majlis / DUN agar dapat diambil tindakan bersama.
- Menggiatkan penggunaan repellant dan semburan aerosol di kalangan komuniti.
- Memperkasakan peranan penduduk / agensi terlibat melalui penubuhan pasukan COMBI bagi melaksanakan aktiviti pencegahan denggi (pemusnahan tempat pembiakan denggi serta pendidikan kesihatan denggi) di lokaliti berkenaan.
- Melaksana program gotong-royong berfokus bagi menghapuskan tempat pembiakan nyamuk bersama masyarakat di lokaliti berkenaan.
- Menjalankan Program Selangor Bebas Aedes Tempat Kerja dan Kuarters.
- Mengukuhkan Program Bebas Denggi Sekolah.
- Aktiviti penguatkuasaan melalui Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 boleh diambil ke atas penduduk / pemunya premis yang dijumpai berpotensi pembiakan aedes dengan pengeluaran Notis di bawah Seksyen 8, tindakan tawaran kompaun atau melalui arahan penutupan premis. Jika terdapat kegagalan mematuhi Notis Seksyen 8 atau tidak membayar kompaun, tindakan mahkamah akan diambil.