Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

239) JALAN ROSAK DISEBABKAN KERJA-KERJA PEMBAIKAN UTILITI

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mewajibkan pihak utiliti menurap baru keseluruhan jalan yang dikorek oleh mereka bagi kerja-kerja pembaikan utiliti berbanding kerja-kerja penampalan jalan sehingga menyebabkan jalan tersebut seringkali rosak dan tidak rata?

    Pada masa ini, pihak JKR Selangor tiada cadangan untuk mewajibkan pihak utiliti menurap baru keseluruhan jalan yang dikorek. Walau bagaimanapun, kerja-kerja baikpulih jalan yang melibatkan pihak utiliti adalah tertakluk kepada Prosedur Permohonan Syarikat Utiliti Kepada JKR – Pindaan 2018 yang dikeluarkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

    Mengikut klausa 2.3 Kerja-Kerja Di Pavemen (para 2.3.5), kerja turapan secara “mill & pave” hendaklah dilaksanakan oleh pihak utiliti setelah kerja pembaikan tersebut siap atau pada tarikh yang ditentukan oleh Jurutera Daerah JKR. Kerja “mill & pave” adalah dengan kelebaran keseluruhan lebar jalan sehala yang terlibat (curb to curb) atau selorong atau tertakluk kepada arahan Jurutera Daerah JKR.

Lampiran

Tiada Lampiran.