Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
234) SKIM AIR DARUL EHSAN
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah syarat pendapatan isi rumah di bawah RM4,000 masih relevan bagi memohon Skim Air Darul Ehsan?
Selaras dengan ketetapan Kerajaan Negeri Selangor melalui Mesyuarat MMKN ke 40/2021 yang lalu, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk mengekalkan syarat-syarat permohonan sedia ada termasuk syarat kelayakan pendapatan bulanan isi rumah RM4,000 dan kebawah. Kerajaan Negeri juga telah bersetuju dengan perlanjutan tempoh pelaksanaan SADE sehingga 31 Disember 2024 dengan pendaftaran dibuka sepanjang tahun supaya dapat membantu dan membolehkan program SADE mencapai golongan yang disasarkan.
Namun demikian, Kerajaan Negeri bersedia untuk menyemak semula syarat-syarat kelayakan sedia ada supaya insentif air percuma dapat diberi kepada lebih ramai golongan yang benar-benar memerlukan.
-
Nyatakan jumlah penduduk bandar di Selangor yang menerima Skim Air Darul Ehsan berbanding luar bandar.
Untuk makluman, kategori dan klasifikasi permohon Skim Air Darul Ehsan (SADE) luar bandar atau bandar tiada dalam rekod sistem permohonan SADE. Justeru, pihak kami tidak dapat menyediakan statistik tersebut kerana ketiadaan maklumat.
SADE: Walaubagaimanapun, data pelanggan Air Selangor yang juga penerima SADE mengikut Wilayah adalah seperti berikut:
- Jumlah Pelanggan / Penerima SADE (rebat air melalui bil air meter individu) :
Wilayah Jumlah Pelanggan/Penerima SADE (Sehingga Jun 2022)
Gombak 21,159 Petaling 43,392 Klang 52,209 Hulu Langat 29,778 Kuala Langat 20, 821 Hulu Selangor 29, 215 Kuala Selangor 17, 989 Sabak Bernam 13, 004 Sepang 11, 565 Jumlah 239,132 SAFWA: Manakala pecahan bagi Skim Selangor Free Water Apartment (SAFWA) pula, adalah seperti berikut:
- Rebat air melalui SAFWA:
Wilayah Jumlah Pengguna (Sehingga Mei 2022)
Gombak 10,788 Petaling 30,798 Klang 6,278 Hulu Langat 1,136 Kuala Langat 48 Hulu Selangor 800 Sepang 125 Jumlah 49,973