Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

232) PERPUSTAKAAN PPAS DI BANTING

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Perpustakaan ini telah disiap diperbaharui tetapi masih belum dibuka balik kepada orang ramai. Apakah masalah dan sebab ianya masih belum dibuka kepada orang ramai?

    Perpustakaan Awam Selangor@Daerah Kuala Langat atau dikenali sebagai Perpustakaan Sultan Abdul Samad telah mula dinaiktaraf pada 8 Mac 2019. Perpustakaan ini telah siap sepenuhnya pada 15 Januari 2022 dan majlis penyerahan projek tersebut telah diadakan pada 10 Februari 2022 dan dihadiri oleh Pengarah JKR Selangor dan Pengarah PPAS. Proses melengkapkan perabot asas perpustakaan telah siap sepenuhnya pada 10 Mei 2022.

    Pada 16 Mei 2022, perpustakaan ini telah mengalami limpahan air hujan luar biasa disebabkan angin ribut yang melanda kawasan Kuala Langat bermula lewat petang sehingga tengah malam. Proses mengalihkan perabot, buku dan membersihkan perpustakaan telah dilakukan serta merta oleh pihak JKR Daerah Kuala Langat, bersama kontraktor dan kakitangan PPAS sendiri.

    Kesan daripada kejadian tersebut, PPAS perlu menjalankan kerja-kerja pemulihan, mengemaskini, dan menyusun atur semula kawasan dalaman perpustakaan. Dalam masa yang sama, pihak kontraktor juga melakukan kerja-kerja pembaikan dalam Tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP) dan perpustakaan ini dicadang untuk memulakan semula operasi pada 1 Ogos 2022.

Lampiran

Tiada Lampiran.