Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

223) PEMBANGUNAN DAN KECERIAAN

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menyusun dan membangunkan semula DUN Sentosa lebih kemas dan tersusun serta sistematik terhadap pembangunannya kerana dalam Taman Sentosa mempunyai lebih 18 taman.

    Pihak MPK telah menetapkan perancangan pembangunan Dun Sentosa melalui Rancangan Tempatan MPK 2035. Rancangan Tempatan ini telah merangka dan menetapkan perancangan pembangunan sehingga tahun 2035 merangkumi perancangan pembangunan untuk perumahan, komersial, industri, kemudahan awam dan infrastruktur yang diperlukan oleh komuniti setempat. Kawasan pembangunan Sentosa telah hampir keseluruhannya dimajukan. Pembangunan baru yang dibangunkan mengambilkira pembangunan persekitaran sediada.

  2. Adakah perlu nama Taman Sentosa ditukar kepada Bandar Sentosa?

    Buat masa kini MPK tiada perancangan untuk menukar nama Taman Sentosa kepada Bandar Sentosa kerana ia akan melibatkan rombakan pada alamat persuratan dan nama kawasan serta maklumat individu dalam kad pengenalan. Nama Taman Sentosa juga telah menjadi ‘trade-mark’ bagi kawasan tersebut di Klang dan juga telah dikenali.

Lampiran

Tiada Lampiran.