Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

219) ADUAN JALAN BERLUBANG

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah aduan yang direkodkan bagi Daerah Klang mengikut DUN dan agensi teknikal kerajaan sejak 2018 sehingga kini?

    Secara umumnya, bilangan aduan potholes yang telah diterima bermula dari tahun 2018 hingga 2022 (sehingga 30 Jun 2022) untuk JKR Daerah Klang adalah seperti berikut;

  2. Apakah kaedah Kerajaan Negeri dalam usaha untuk mengenalpasti jalan-jalan rosak yang tidak mempunyai aduan daripada orang ramai?

    Berdasarkan Kontrak Jangka Panjang Penyelenggaraan Jalan Negeri, kerosakan jalan boleh dikenalpasti melalui rondaan rutin yang dilakukan oleh pihak konsesi penyelenggaraan jalan berkenaan. Ia dilakukan 2 (dua) kali seminggu. (satu (1) sesi rondaan siang & satu (1) sesi rondaan malam) Sekiranya berlakunya bencana atau keperluan lain seperti yang diarah oleh Pegawai Penguasa, rondaan rutin tersebut akan dipertingkatkan kepada 4 (empat) kali seminggu. (dua (2) sesi rondaan siang & dua (2) sesi rondaan malam)  Setiap rondaan rutin perlu dilengkapkan dengan laporan hasil rondaan dan sebarang kerosakan akan dikenalpasti melalui hasil rondaan berkenaan. Kegagalan pihak konsesi melaksanakan kerja pembaikan ke atas kerosakan di tapak akan menyebabkan pihak konsesi dikenakan NCR dan pemotongan ke atas tuntutan bayaran bulanan untuk kerja penyenggaraan jalan dilakukan sebagai penalti.

    Pembangunan Smart Road Asset & Management System (SRAMS) yang melakukan cerapan kerosakan jalan menggunakan teknologi Artificial Intelligence (AI) dijangka akan memberi impak kepada pihak konsesi untuk menyelesaikan masalah potholes dalam jangkamasa yang paling minima.

Lampiran

Tiada Lampiran.