Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
212) PEMBANGUNAN SEKOLAH TAHFIZ SWASTA DARUL MUJAHIDIN SIJANGKANG
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perkembangan projek pembangunan Sekolah Tahfiz Swasta ini?
Status terkini bagi Sekolah Tahfiz Swasta Darul Mujahidin, Sijangkang adalah masih di peringkat kerja-kerja awalan di mana lawatan tapak telah dijalankan pada 15 Februari 2022 bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor untuk melaksanakan kerja-kerja ukur dan siasatan tanah. Perancangan kerja JKR Selangor adalah seperti berikut:
- Kerja Siasatan Tanah : 07 Jun 2022
- Jangka iklan : November 2022