Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

207) CADANGAN PEMBANGUNAN TAPAK PASAR PAGI/MALAM TAMAN MEDAN

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah benar terdapat cadangan membangunkan atau memajukan tapak pasar pagi/malam mingguan Taman Medan?

    Pihak Majlis mempunyai cadangan untuk membangunkan tapak pasar pagi/malam mingguan di kawasan PJS 2

  2. Apakah signifikannya kepada proses penaiktarafan operasinya?

    Pihak Majlis sedang melaksanakan kajian ke atas cadangan membangunkan tapak pasar pagi/malam mingguan di kawasan Jalan PJS 2, Taman Medan untuk kemudahan penduduk sekitar. Kajian ini mengambilkira keperluan pembangunan sosio ekonomi penduduk sekitar melalui penyediaan kemudahan-kemudahan baru, menaiktaraf kemudahan-kemudahan sedia ada, peluang-peluang perniagaan serta impak kepada masyarakat sekitar.

  3. Adajah sebarang kajian dibuat mengenainya?

    Sama seperti di para (b)

Lampiran

Tiada Lampiran.