Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
206) PAIP AIR DI DALAM KAWASAN PERSENDIRIAN
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Minta dijelaskan bagaimanakah boleh terdapat paip Air Selangor (utiliti awam) di dalam kawasan tanah persendirian projek Emerald 9 di Batu 9 Cheras?
Paip-paip ini telah digunakan sejak tahun 1971 setelah bermulanya Skim Bekalan Air Sungai Langat. Pewartaan tanah tersebut kepada tanah rizab bekalan air tidak dibuat sebaiknya sebelum tanah tersebut dipindah milik kepada pihak lain. Bagi hal ini, paip-paip tersebut perlu dialihkan oleh pihak pemaju ke tanah rizab awam.
-
Paip ini berulang kali pecah akibat kerja-kerja pemajuan, apakah langkah kerajaan untuk mengelakkan masalah ini daripada berulang?
Terdapat dua punca utama yang menyebabkan kejadian paip pecah berulang akibat dari kerja-kerja pembangunan yang perlu diberi perhatian dan tindakan segera iaitu: i. Semua paip air yang berada dalam kawasan pembangunan tersebut perlu dialihkan segera ke jajaran yang baharu dan tidak berada dalam kawasan pembangunan terlibat. Segala kos pengalihan perlu ditanggung sepenuhnya oleh pihak pemaju pembangunan; dan ii. Mewartakan jajaran paip baharu yang akan dialihkan supaya berada dalam kawasan tanah rizab paip yang bukan milik tanah persendirian. Air Selangor juga menjalankan pemantauan ke atas lokasi-lokasi projek pembangunan pihak ketiga yang melibatkan jajaran paip utama serta jalinan kerjasama dengan PBT supaya permohonan kerja pihak ketiga disemak terlebih dahulu oleh Air Selangor untuk mengenal pasti sebarang jajaran paip di lokasi kerja (jika ada) sebelum permit kerja dikeluarkan oleh PBT.