Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

178) FLAT PKNS SEKSYEN 6, SHAH ALAM

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri memiliki rancangan untuk menaiktaraf Flat PKNS di Seksyen 6, Shah Alam yang semakin uzur dan mengalami pelbagai masalah infrastruktur?

    Keseluruhan Flat PKNS di Seksyen 6 Shah Alam terbahagi kepada empat (4) Perbadanan Pengurusan (MC) berjumlah 590 unit Rumah Pangsa, iaitu:

     

    BIL. JENIS BLOK JUMLAH BLOK JUMLAH UNIT
    1. Blok 3, 4, 5, 7 dan 8 5 280
    2. Blok 12, 13 dan 14 3 100
    3. Blok 15, 16 dan 17 3 100
    4. Blok 18, 19 dan 20 3 110
    JUMLAH 14 590

     

    Keseluruhan empat (4) MC yang mengandungi 14 blok ini adalah Kos Sederhana Rendah dan telah diserahkan sepenuhnya kepada MC masing-masing pada bulan November dan Disember 2017. Justeru itu, rancangan menaik taraf (sekiranya ada) bukan lagi di bawah Pentadbiran PKNS, sebaliknya ianya adalah di bawah kuasa MC masing-masing.

Lampiran

Tiada Lampiran.