Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

172) MASALAH BANJIR DI DUN SENTOSA

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Banjir kilat sering berulang berlaku di kawasan perumahan Taman Sentosa serta Kampung Jawa. Apakah langkah yang telah diambil dan juga perancangan Pihak Kerajaan Tempatan dan JPS untuk mengatasi masalah ini?

    Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah melaksanakan empat (4) projek menggunakan Peruntukan Pembangunan Negeri (P13) bagi tujuan mengatasi masalah banjir kilat di kawasan perumahan Taman Sentosa serta Kampung Jawa. Projek tersebut adalah seperti berikut:-

     

    Bil. Tajuk Kos
    (RM)
    Status
    1. Kerja-Kerja Membina Kolam Takungan Banjir di Taman Sentosa, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan 3,466,997.65 Siap pada Julai 2018
    2. Kerja-Kerja Menaiktaraf Sistem Saliran Taman Sentosa 8,352,771.59 Siap pada Oktober 2019
    3. Projek Tebatan Banjir di Sungai Aur Fasa 5 15,374,684.13 Siap pada November 2019
    4. Kerja-Kerja Menaiktaraf Sistem Saliran di Kampung Jawa 7,505,000.00 Siap pada tahun 2021
    Jumlah 34,699,453.37  

     

  2. Apakah sebab utama banjir kilat sering berlaku di Taman Sentosa?

    Walau bagaimanapun, punca berlakunya banjir kilat di kawasan perumahan Taman Sentosa adalah akibat daripada masalah sistem perparitan dalaman yang tersumbat sehingga aliran air tidak lancar dan melimpah. Manakala banjir kilat di Kampung Jawa adalah disebabkan parit di kawasan Kampung Jawa tidak dapat menampung aliran air sedia ada. Kejadian banjir di Kampung Jawa akan berlaku apabila paras air Sungai Klang tinggi di samping hujan lebat berterusan melebihi 4 jam.

    Sebagai langkah jangka panjang untuk mengatasi banjir di kawasan tersebut, cadangan “Projek Mendalamkan dan Melebarkan Sungai Klang Termasuk Meninggikan Ban Sungai Klang” dengan anggaran kos sebanyak RM700 juta telah dibentangkan oleh JPS pada bulan Februari 2022 dan dalam proses pertimbangan oleh Kerajaan Negeri untuk dilaksanakan oleh Syarikat Kerajaan Negeri (GLC) iaitu Landasan Lumayan Sdn. Bhd.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.