Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
167) KAJIAN SISTEM PERPARITAN DAN SALIRAN DI KAMPUNG TRADISI PULAU INDAH DAN KAWASAN SEKITARNYA
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah banjir kilat yang seringkali berlaku di kawasan Kampung Tradisi Pulau Indah disebabkan oleh pembangunan perindustrian yang pesat di sekitarnya?
-
Adakah pihak MPK dan JPS akan mengkaji semula sistem saliran dan perparitan sedia ada?
JPS Malaysia telah menyediakan Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) Daerah Klang pada tahun 2009. Walau bagaimanapun, JPS Malaysia telah membuat perancangan untuk mengkaji semula sistem saliran dan perparitan sedia ada di Daerah Klang menerusi “PISMA Bandar Sepang, Pekan Meru dan Puchong, Selangor” pada tahun 2022. Skop kajian tersebut akan mengambikira hotspot banjir di Lembangan Sungai Klang seperti Taman Sri Muda di samping mengemaskini PISMA Daerah Klang yang telah siap pada tahun 2009.
Maklumat Tambahan Mengenai Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA)
Pengenalan PISMA:-
- PISMA adalah pelan induk yang mematuhi konsep Manual Saliran Mesra Alam (MSMA).
- Mengenalpasti isu-isu dan kelemahan pada sistem saliran sedia ada termasuk isu-isu dan permasalahan kualiti air.
- Mencadangkan kerja-kerja yang perlu dilaksanakan berdasarkan cadangan penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang dalam mengatasi masalah banjir kilat dan pencemaran kualiti air di kawasan perbandaran.
- Membangunkan Inventori Aset Sistem Saliran.
- Merupakan panduan dan rujukan untuk merancang pembangunan masa hadapan yang lebih sistematik dan mapan.
Objektif PISMA:-
- Untuk merangka pelan induk jangka masa panjang dalam pengurusan air larian hujan untuk mengurangkan risiko banjir.
- Untuk merangka pelan induk jangka masa panjang dalam pengurusan kualiti air larian hujan menggunakan Teknologi Tersedia Terbaik (BAT) atau Amalan Pengurusan Terbaik (BMPs) untuk mengurangkan kesan pencemaran pada air / badan air.
- Untuk membangunkan Inventori Aset Sistem Saliran.
Hasil PISMA:-
- Pelan Induk Saliran menerangkan secara komprehensif penyelesaian jangka panjang untuk mengurangkan risiko kejadian banjir kilat.
- Pelan Induk Kualiti Air menerangkan Amalan Pengurusan Terbaik (BMPs) yang boleh dilaksanakan bagi mengawal pencemaran akibat pembangunan.
- Pembangunan sistem inventori adalah inventori infrastruktur-infrastruktur berkaitan saliran yang ada di kawasan kajian digunakan sebagai rujukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta pihak berkaitan untuk pemantauan dan penyelenggaraan.
- Drainage Capacity Assessment menunjukkan kapasiti sistem saliran dan menyesyorkan sistem saliran yang perlu dinaiktaraf segera.
- Cadangan Aras Pembangunan
- Soil Erosion Risk Map.