Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

162) BAJA ORGANIK PKPS

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. PKPS ada menghasilkan produk baja organik sendiri di bawah jenama Ehsan. Berapa banyak yang dihasilkan pada tahun ini dan adakah PKPS bercadang untuk menjalankan program CSR / Kitar semula dengan rakyat dan petani untuk menghasilkan baja organik di peringkat komuniti?

    Pada tahun ini, PKPS telah mensasarkan pengeluaran baja kompos sebanyak 3,420 metrik tan. Sehingga bulan Jun tahun ini, PKPS telah pun menghasilkan sebanyak 1,623 metrik tan.

     

    Buat masa ini PKPS belum ada perancangan untuk mengadakan program kitar semula dengan rakyat / petani untuk menghasilkan baja organik di peringkat komuniti.

     

    Bagaimanapun cadangan baik ini akan diperhalusi dan dibincangkan di peringkat pengurusan bagi perancangan masa hadapan PKPS

Lampiran

Tiada Lampiran.