Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

149) INISIATIF KISS

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Halimey Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah cara untuk memperbaiki komunikasi jabatan kerajaan dengan semua PKM untuk mendapat maklumat perubahan program IPR?

    Untuk makluman Yang Berhormat Seri Setia, Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk menambahbaik komunikasi dan penyampaian maklumat program-program di bawah Kerajaan Negeri kepada pihak Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) khususnya bagi program KISS atau kini ditambahbaik sebagai program BINGKAS. Bagi tujuan tersebut, Kerajaan Negeri telah mengambil beberapa inisiatif seperti berikut:-

    1. Sesi taklimat bersama pegawai PKM dilaksanakan bagi Program-program kerajaan Negeri khususnya KISS dan BINGKAS. Taklimat secara fizikal bagi pelaksanaan Program BINGKAS telah diadakan pada 27 Jun 2022 melibatkan 56 PKM di seluruh Negeri Selangor. Sesi taklimat ini memberikan maklumat keseluruhan berkenaan pelaksanaan program ini beserta sesi soal jawab.

    2. Sesi Lawatan dan penerangan secara fizikal ke 56 PKM di Negeri Selangor bagi taklimat teknikal sistem BINGKAS 2022 sedang dijalankan mulai 19 Julai 2022.

    3. Hebahan dan komunikasi dua hala melalui Whatsapp Group diwujudkan bagi memberikan maklumat terkini mengenai program KISS dan BINGKAS. Talian Hotline di talian 1-800-22-6600 dan Whatsapp hotline di talian 019-2725600 turut diwujudkan bagi sebarang kuiri atau sokongan teknikal bagi program ini kepada pihak PKM. Selain itu, komunikasi melalui emel boleh dilakukan melalui alamat emel info@selcare.my.

Lampiran

Tiada Lampiran.