Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

143) INFLASI

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimana Kerajaan Negeri membantu rakyat untuk membantu rakyat mengatasi masalah inflasi?

    Pertamanya kita harus mengenali dan mengakui bahawa inflasi kali ini adalah fenomena global. Kita juga harus mengakui bahawa ekonomi Malaysia akan terkesan akibat beberapa perkembangan semasa, seperti konflilk Russo-Ukraine, konflik di Sri Lanka, pandemik yang masih berlarutan dan terbaharu Dr Shankaran Nambiar, Senior Research Fellow di MIER mengingatkan kita akan kemungkinan berlakunya krisis tenaga.

    Kerajaan Negeri bermula dari awal pandemik sehingga ke hari ini sentiasa berwaspada dan cermat memantau perkembangan sosio-ekonomi global dan dalam negeri. Kerajaan Negeri berusaha sedaya-upaya melaksanakan sebanyak mungkin dasar-dasar yang boleh membantu rakyat negeri serta komuniti perniagaan di negeri ini.

    Mutakhir ini kita giat melaksanakan dasar untuk memenuhi maksud tersebut dengan peruntukan sejumlah RM600 juta menerusi Iltizam Selangor Penyayang. Di antara program-program tersebut adalah Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas), yang menggantikan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) bagi membantu sehingga 30,000 keluarga berbanding 25,000 keluarga sebelum ini.

    Selain itu Kerajaan Negeri mahu memastikan harga makanan berada di tahap munasabah. Usaha ini hanya dapat dijayakan jika kita berupaya mempengaruhi iklim “supply chain” tersebut. Justeru, dalam Belanjawan 2022 kita telahpun menyenaraikan beberapa usaha seperti:

    1. Membangunkan Pusat Industri Hiliran Hasil Laut dan Agro Makanan seluas 450 ekar – ini melibatkan pelaburan sekitar RM500 juta dari pihak kerajaan dan swasta. Pusat ini akan dilengkapi jeti pelabuhan bersaiz sederhana, kilang pemprosesan hasil laut dan Agro Makanan, kemudahan simpanan sejuk beku dan terminal pengangkutan.
    2. Pembinaan Pusat Sembelihan Ayam di Sekindi – RM15 juta
    3. Pembinaan Kilang Minyak Sawit di Jelutong Jati – RM50 juta
    4. Pusat Logistik dan Perdagangan di Sg. Lang dan Hentian di Air Manis – 36 ekar dengan nilai pelaburan sekitar RM500 juta.

    Bagi merancakkan ekonomi, inisiatif Rancangan Selangor Pertama akan menjadi suatu master plan jangka panjang.

    Saya simpulkan di sini, pelaksanaan dasar-dasar tersebut merupakan serampang dua mata; pertama untuk menyerap, dengan izin, cushioning the impact of crises, keduanya untuk tetap istiqamah memperligat sektor ekonomi. Asas kepada dua serampang ini adalah, dignified life, kehidupan yang bermaruah dan negeri yang rahmah atau compassionate state.

  2. Bagaimana kesan inflasi menjejaskan prestasi Kerajaan Negeri?

    Jawapan adalah sama seperti di atas.

Lampiran

Tiada Lampiran.