Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
120) PPRT SEKSYEN 8 KOTA DAMANSARA.
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Jumlah unit dan status terkini?
Jumlah unit dan status terkini
Jumlah unit keseluruhan adalah 1152 unit. Status terkini sehingga Jun 2022 adalah 1105 unit disewakan dan 47 unit adalah kosong. Daripada 47 unit, 20 unit dalam proses pembaikan bermula 13 Jun 2022 dan dijangka siap pada 12 September 2022 manakala baki 27 unit lagi akan dibaikpulih secara berperingkat.
-
Proses permohonan unit tersebut?
Pemohon hendaklah mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi di lawan web PHSSB. Setiap permohonan yang dikemukakan kepada PHSSB hendaklah menunggu untuk dipanggil menghadiri sesi temuduga tapisan kelayakan mengikut giliran dan kekosongan unit
-
Senarai penuh terperinci permohonan yang masih dalam proses atau yang di tolak berserta sebab.
Bagi tahun 2022, jumlah terkumpul permohonan sehingga Jun 2022 adalah 686. Daripada jumlah ini, 40 permohonan telah dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga tapisan kelayakan. Daripada jumlah 40 ini, 32 permohonan layak ditawarkan dan 8 adalah tidak layak kerana tidak memenuhi syarat kelayakan seperti pasangan bukan warganegara dan pendapatan seisi rumah melebihi RM3,000.00. Selain itu, memandangkan permohonan penyewaan adalah tinggi namun kekosongan unit pula adalah sangat terhad, terdapat permohonan yang mempunyai ahli keluarga sedia ada di PPR Kota Damansara ditawarkan ke PPR yang lain seperti di PPR Serendah. Ini adalah bagi mengurangkan satu keturunan