Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
109) HUKUM 80/20 DAN PROGRAM INTENSIF TAHFIZ AL-QURAN
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Selangor bercadang untuk menjadikan Pareto Principle atau Rule 80/20 dengan meramaikan warga kerja di setiap jabatan yang celik Al-Quran boleh mendominankan unsur-unsur positif di tempat kerja?
JAIS dan Kerajaan Negeri belum ada polisi khusus dalam mengutamakan individu celik Al Quran dominan dalam bidang kerja di agensi-agensi negeri. Unsur-unsur baik (akhlak) dalam Islam adalah perlakuan spontan yang lahir daripada fikiran dan tindakan seorang Islam yang memahami agamanya dan menjadikan Islam sebagai ad-din (the way of life). Al-Quran mengandungi keseluruhan prinsip-prinsip kehidupan dan beragama dalam berbagai-bagai bidang untuk mewujudkan unsur-unsur positif ditempat kerja tidaklah hanya tertakluk oleh para penghafal Al-Quran, sebaliknya ia tertakluk kepada memahami dan mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar.Mengamalkan Islam yang benar juga bukan hanya tertakluk kepada golongan agamawan tetapi ia dituntut untuk diamalkan oleh semua orang Islam yang taklif hukum-hakam dan dosa pahala ke atas dirinya.