Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

96) PERKEMBANGAN PENGUSAHA INAP DESA ( HOMESTAY)

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah Kerajaan Negeri membantu pengusaha inap desa yang semakin berkembang di seluruh Selangor ?

    Untuk makluman pihak Yang Berhormat, terma ‘Homestay’ adalah merujuk kepada satu program dimana ianya ialah rumah orang awam yang menyediakan ruang atau bilik untuk disewakan kepada pelancong yang akan digabungkan sekurang-kurangnya 10 buah rumah dan mempunyai aktiviti yang boleh dijalankan. Di Malaysia, bagi membangunkan sesebuah kawasan sebagai homestay, perlu mengikut program pembangunan homestay dibawah Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya MOTAC, serta mendaftar dengan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) cawangan Selangor. Setakat ini sebanyak 16 homestay yang telah mengikuti program dan berdaftar secara sah dengan MOTAC yang dikawal dan diselia oleh MOTAC cawangan Selangor. 16 homestay berdaftar ini juga mengikuti modul latihan yang telah disediakan oleh pihak MOTAC.

    Berkenaan dengan bantuan dan latihan khusus, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) membantu pengusaha-pengusaha yang berkonsepkan “house stay” dimana ianya dibangunkan bagi menampung kekurangan bilik hotel di sesetengah kawasan pelancongan. ‘House stay’ merupakan terma yang digunakan untuk pengusaha-pengusaha yang tidak mengikuti program ‘homestay’ yang dianjurkan oleh pihak MOTAC.

    Rumah-rumah persedirian, atau tradisi ‘house stay’ ini boleh mendaftar dalam Program Inap Dusun yang dilaksanakan oleh beberapa pihak Berkuasa Tempatan seperti Majlis Perbandaran Hulu Selangor, dimana program ini dapat memberikan panduan kepada pemilik-pemilik rumah tersebut, dari segi proses permohonan lesen dan syarat-syarat lain untuk beroperasi serta dibangunkan sebagai tempat penginapan pelancongan. Selain itu, pemilik-pemilik rumah tradisi ini juga perlu memastikan status pemilikan tanah yang dimiliki oleh mereka, sebelum memulakan perniagaan yang berkonsepkan ‘house stay’.

    Setelah melalui proses perlesenan seperti yang telah dinyatakan tersebut, pihak Tourism Selangor sebagai agensi promosi pelancongan Negeri Selangor akan membantu dari aspek latihan pelancongan, pemasaran dan promosi dan memasukkan dalam program, acara, dan aktiviti yang dirancang dan dijalankan sepanjang tahun

  2. Berapakah jumlah pengusaha inap desa yang berdaftar dengan Tourism Selangor setakat ini ?

  3. Adakah ada latihan khusus bagi pengusaha inap desa di Selangor ?

Lampiran

Tiada Lampiran.