Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
86) HUTAN SIMPAN KUALA SELANGOR DAN TAMAN ALAM KUALA SELANGOR (KSNP)
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Benarkah Kerajaan Negeri akan membangunkan kawasan ini sebagai Pusat Pelancongan Antarabangsa?
Kerajaan Negeri Selangor melalui keputusan MMKN berkaitan Kertas EXCO MTES 8/26/2021 telah bersetuju meluluskan cadangan memajukan Kuala Selangor Nature Park (Taman Alam Selangor) sebagai Pusat Pelancongan Bertaraf Antarabangsa.
-
Adakah pembangunan ini akan menjejaskan keluasan Hutan Simpan Negeri Selangor dan seterusnya memberikan kesan kepada ekologi dan alam sekitar kawasan tersebut?
Kawasan yang dicadangkan untuk pembangunan Taman Alam Kuala Selangor adalah hanya melibatkan seluas 84.13 hektar sahaja. Buat masa ini, Taman Alam Kuala Selangor masih dalam proses pewartaan sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK) iaitu berada di peringkat penyediaan Pelan Warta (PW) oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Selangor (JUPEM).
Kawasan Pembangunan Taman Alam Kuala Selangor ini merangkumi 28 peratus daripada keseluruhan kawasan seluas 292.81 hektar. Oleh yang demikian keluasan HSK tersebut tidak terjejas dan cadangan hanya memfokuskan kawasan pembangunan sediada sahaja.