Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

85) SUKAN BOLA SEPAK

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Syabas pasukan Bola Sepak Malaysia layak ke Piala Asia 2023. Bilakah pasukan Bola Sepak Selangor dapat menjuarai semula Piala Malaysia dan mengembalikan semula zaman kegemilangan sukan bola sepak Negeri Selangor?

    Sasaran Kelab Bolasepak Selangor pada masa ini adalah pengambilan pemain-pemain muda yang berbakat tinggi dan pembangunan pemain-pemain muda ini supaya dapat mewakili pasukan Kebangsaan Harimau Malaya dalam 2 hingga 3 tahun yang akan datang. Melalui pengurusan kontrak yang lebih bersifat jangka masa panjang, generasi pemain muda Selangor ini diharapkan dapat menggantikan pemain-pemain kebangsaan yang telah berusia pada suatu hari nanti. Kematangan pemain-pemain muda Selangor dalam 2 hingga 3 tahun ini akan menjadi titik permulaan bagi pasukan Selangor memberi cabaran yang lebih sengit kepada pasukan-pasukan pencabar yang lain dalam Selangor mencapai kejuaraan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Lampiran

Tiada Lampiran.