Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
78) CUKAI TERTUNGGAK
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menangani masalah liabiliti cukai tertunggak yang dihadapi oleh anak-anak syarikat Menteri Besar Incorporated (MBI)?
Menurut Seksyen 77A(1) dan seksyen 83(1), Akta Cukai Pendapatan 1967 telah memperuntukkan bahawa setiap syarikat mesti mengemukakan penyata cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (“LHDN”).
Sekiranya pembayar cukai gagal mengemukakan borang nyata cukai mengikut tempoh yang ditetapkan tanpa alasan yang munasabah adalah tertakluk kepada perkara-perkara berikut:
- Ahli Lembaga Pengarah syarikat adalah tertakluk kepada hukuman denda tidak kurang daripada RM200.00 dan tidak melebihi RM20,000.00 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali; dan
- Penalti tiga (3) kali ganda dikenakan ke atas cukai yang dikenakan bagi tahun taksiran yang gagal dikemukakan borang nyata cukai pendapatan.
Berikutan itu, Kerajaan Negeri mengalakkan semua anak-anak syarikat milikannya untuk sentiasa patuh kepada keperluan piawaian yang digunapakai dimana voluntary disclosure disarankan untuk dillaksanakan ke atas anak-anak syarikat yang mempunyai liabiliti cukai tertunggak agar ia dapat diatasi secara berperingkat sehingga selesai.