Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

77) PEMBINAAN MASJID DI SEKSYEN U12, SHAH ALAM

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah Kerajaan Negeri akan membina masjid untuk keperluan kariah Seksyen U12, Shah Alam?

    Pembinaan Masjid U12 akan disusun dan dirancang mengikut merit dan mengikut keutamaan keseluruhan daerah Petaling dan merit keseluruhan keperluan pebinaan masjid seluruh Negeri Selangor. Buat masa ini keperluan Solat Jumaat masih boleh ditampung oleh Surau Al-Amin dan Surau An-Nur.

  2. Di manakah tapak sebenar masjid yang dicadangkan pembinaan oleh Kerajaan Negeri melibatkan kariah Seksyen U12, Shah Alam?

    Tapak masjid U12 di lot 4005 seluas 2.65 ekar telah diwartakan pada 24.04.2016. Kedudukan tapak masjid adalah terletak di petengahan antara Surau Al-Amin dan Surau An-Nur. Berdasarkan google map kedudukan tapak masjid adalah seperti berikut :-

Lampiran

Tiada Lampiran.