Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

69) SELANGOR SMART AGRO PARK (SSAP)

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini rancangan pembangunan SSAP di Changkat Menteri Daerah Sabak Bernam?

    Status terkini pembangunan Selangor Smart Agro Park (SSAP) di Changkat Menteri Daerah Sabak Bernam adalah seperti berikut;

    1. Bidang Rujukan bagi Laporan Penilaian Impak Terhadap Alam Sekitar di bawah Jadual 2 telah dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar Putrajaya pada 5 Jun 2022.
    2. Kelewatan adalah disebabkan khidmat perunding yang tidak dapat melaksanakan komitmen kepada jadual kerja yang telah dipersetujui.

     

  2. Berdasarkan status semasa, bilakah jangkaan projek tersebut akan siap mengikut fasa yang telah dirancang?

    Berdasarkan status semasa, jangkaan projek tersebut akan siap pada penghujung tahun 2023 dengan mengambil kira proses kelulusan Laporan Penilaian Impak Terhadap Alam Sekitar di bawah Jadual Kedua yang akan memakan masa sekurang-kurangnya selama satu (1) tahun.

    Setelah kelulusan diperolehi, pembangunan SSAP dapat dijalankan sebagaimana yang dirancangkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.