Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
68) SEKOLAH AGAMA DI BANDAR SAUJANA PUTRA, JENJAROM
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status perancangan pembangunan SRA BSP dan berapa kapasiti yang dirancangkan?
Perancangan pembangunan SRA Bandar Saujana Putra telah disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Ke12 (RMK12) dengan kapasiti dua (2) blok bangunan bagi 40 bilik darjah yang mampu menampung 1,600 orang murid bagi satu-satu sesi.
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk menaik taraf KAFA BSP?
Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk menaik taraf KAFA BSP atas faktor keselamatan dan menumpang tapak surau yang sempit.