Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
66) JOINT MANAGEMENT BODY (JMB)
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri dapat menubuhkan satu badan yang dapat menggantikan JMB yang sedia ada?
Akta 757 telah memperuntukkan sekiranya Pesuruhjaya Bangunan atau COB selepas menjalankan siasatan sewajarnya dan berpuas hati bahawa Badan Pengurusan Bersama (JMB) tidak menjalankan kerja-kerja penyenggaraan dan pengurusan bangunannya dengan memuaskan, COB boleh melantik ejen pengurusan untuk menyenggarakan dan menguruskan bangunan selama tempoh yang dinyatakan COB. Walau bagaimanapun, secara realitinya, COB menghadapi kesukaran untuk melantik ejen pengurusan kerana majoriti kawasan pemajuan strata yang mempunyai masalah, struktur bangunannya sangat teruk dan peratus kutipan caj penyenggaraan yang rendah.
Justeru itu, dalam menangani isu kegagalan JMB dan kesukaran melantik ejen pengurusan yang berminat, Kerajaan Negeri perlu membuat kajian berkaitan implikasi kos sekiranya ingin menubuhkan satu badan khusus yang dapat menggantikan JMB yang sedia ada. Isu utama kegagalan JMB menjalankan peranan mereka sebenarnya disebabkan tiada kewangan yang mencukupi bagi menguruskan dan menyenggara bangunan. Maka, Kerajaan Negeri pada masa ini berpandangan agar program-program sedia ada perlu diperkasa terutama yang melibatkan aspek ekonomi kepada badan pengurusan JMB. Selain itu, kaedah kutipan yuran penyelenggaraan perlu dikaji semula sama ada boleh bersekali dengan cukai taksiran yang dijelaskan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya tidak dibebankan peranan tersebut kepada JMB semata-mata