Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
62) PELAN STRUKTUR PEMBANGUNAN PENGANGKUTAN AWAM KUALA LANGAT
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Masalah kesesakan lalulintas di beberapa PBT semakin serius khususnya selepas PKP dan ini bertambah teruk dengan kualiti perkhidmatan bas awam yang tidak efektif. Adakah kerajaan bercadang untuk mengadakan Pelan Struktur Pembangunan Pengangkutan Awam Kuala Langat?
- Berdasarkan RTKL 2030 yang diwartakan pada 5 Julai 2018, telah menggariskan iaitu Cadangan Peningkatan Tahap Perkhidmatan Pengangkutan Awam melalui Projek T-12 (Naik Taraf Perkhidmatan Bas) iaitu :-
- Pada masa kini terdapat 2 operator swasta yang sedang beroperasi iaitu melibatkan 4 laluan :
- Bagi perkhidmatan Bas Smart Selangor, terdapat 2 laluan yang disediakan di kawasan MPKL iaitu :- i. Laluan BTG 1 (Banting – Mitsui – KLIA 2 – Banting) ii. Laluan BTG 2 (Banting – Taman Banting Baru – Permatang Pasir – Chodoi – Banting)
- Berdasarkan prestasi semasa, sambutan pengguna terhadap penggunaan pengangkutan awam tidak menggalakkan berikutan penurunan jumlah penumpang terutamanya selepas PKP.
- Memperluaskan kolaborasi pengangkutan awam diantara MPKL-MBSA-MBSJ untuk memudahkan kemudahsampaian pengguna contohnya dari Kota Kemuning- Bandar Rimbayu-Bandar Saujana Putra-Putra Heights.