Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

58) MASJID SELAYANG PANDANG

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Proses pembinaan Masjid Baru Kg Selayang Pandang, kemajuan status pembinaan.

    Cadangan pembinaan Masjid Selayang Pandang di tapak baru Lot PT 11120 seluas 1.88 ekar dan tapak tambahan di Lot PT 87368 seluas 0.49 ekar telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Urus Masjid Dan Surau Negeri Selangor Bil.2/2018 yang bersidang pada 28 Jun 2018. Pembinaan masjid tersebut dianggarkan berjumlah RM 12 juta. Pihak Jawatankuasa Penaja Pemnbinaan Masjid tidak dibenarkan untuk mengemukakan Permohonan Kebenaran Merancang (KM) dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disebabkan dana kutipan yang belum mencapai 50% dari anggaran kos pembinaan.

    Cadangan pembinaan masjid ini tidak tersenarai dalam Rancangan Pembangunan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Bahagian Agihan Dan Pembangunan, Unit Pembangunan Negeri Selangor (UPENS) perlu melihat merit keutamaan pembinaan masjid ini bagi daerah Gombak serta merit keperluan pembinaan masjid bagi daerah-daerah yang lain untuk disenaraikan dalam senarai Projek Pembangunan Malaysia Ke 13 (RMK-13).

Lampiran

Tiada Lampiran.