Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

54) TAMAN MINI SELANGOR

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Melaka mempunyai Taman Mini Malaysia. Alangkah baiknya jika Selangor mempunyai Taman Mini Selangor mewakili 9 Daerah dalam Negeri Selangor yang memaparkan seni budaya, juadah, permainan rakyat, warisan dan lain-lain lagi sebagai daya tarikan pelancong. Bilakah Taman Mini ini dapat direalisasikan?

    Buat masa ini Kerajaan Negeri belum mempunyai cadangan untuk mewujudkan Taman Mini Selangor. Beberapa faktor perlu dikaji sebelum pelaksanaan projek – projek seumpama ini. Antaranya ialah isu tanah, peruntukan kewangan, pengangkutan awam serta daya tahan (viability) projek. Ini adalah bagi memastikan sebarang projek yang dilaksanakan benar-benar memberi impak kepada pembangunan

Lampiran

Tiada Lampiran.