Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

47) CAPAIAN INTERNET DI KAWASAN LUAR BANDAR

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kadar capaian Internet di kawasan-kawasan luar bandar di Negeri Selangor termasuk Kuala Selangor?

    Statistik terkini liputan perkhidmatan jalur lebar mudah alih 4G di kawasan berpenduduk bagi Negeri Selangor sehingga suku pertama 2022 adalah 99.78%. Bagi pecahan mengikut daerah bagi kawasan luar bandar di dalam Negeri Selangor adalah seperti berikut:

     

    Negeri Daerah Suku Pertama 2022

    %Pop Coverage LTE

    Selangor Kuala Selangor 99.29%
    Sabak Bernam 99.03%
    Hulu Selangor 98.20%

     

    Pada suku pertama 2022, kadar keupayaan jalur lebar di daerah Kuala Selangor adalah seperti berikut:

     

    Daerah Purata Kelajuan Jalur Lebar Talian Tetap (Mbps) Purata Kelajuan Jalur Lebar Tanpa Wayar (Mbps)
    Kuala Selangor 125.04 34.45

     

    Kerajaan Negeri Selangor juga sentiasa giat menjalankan usaha-usaha bagi mempertingkatkan capaian internet di kawasan-kawasan luar bandar seiring dengan perlaksanaan inisiatif JENDELA.

  2. Apakah langkah terkini Kerajaan Negeri dalam membantu menambahbaik infrastruktur dan kemudahan Internet di kawasan luar bandar?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Smartsel sedang membangunkan Rangkaian Internet Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Fasa 1 di Sabak Bernam. Pengunjung perpustakaan bakal menikmati perkhidmatan internet berkelajuan tinggi sehingga 50Mbps Dedicated Internet Access (DIA). Inisiatif ini dapat memberikan peluang kepada rakyat di luar bandar bagi mengakses pembelajaran dan pendidikan di atas talian serta Education Digital Content yang disediakan oleh PPAS. Rangkaian Internet ini akan diperluaskan ke seluruh Negeri Selangor secara berperingkat.

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia berperanan dalam memastikan kelajuan jalur lebar ini dapat dipertingkatkan, menerusi inisiatif JENDELA Fasa 1 bagi seluruh negara sehingga akhir tahun 2022 pelbagai projek sedang dan akan dijalankan bagi mencapai sasaran seperti berikut:

    • Meningkatkan purata kelajuan jalur lebar mudah alih daripada 25Mbps kepada 35Mbps;
    • Menyediakan liputan gentian optik sebanyak 7.5 juta premis; dan
    • Menyediakan liputan 4G daripada 91.8% (tahun 2020) kepada 96.9% (tahun 2022) di kawasan berpenduduk.

    Bagi mencapai sasaran di atas, berikut adalah inisiatif yang dilaksanakan di kawasan luar bandar dan kurang liputan di negeri Selangor oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (K-KOMM).

Lampiran

Tiada Lampiran.