Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

35) GERAN DANA USAHAWAN MIKRO SELANGOR

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh mana keberkesanan program ini dan apakah kriteria utama untuk memohon geran tersebut?

    Geran Dana Usahawan Mikro Selangor (DUMS)

    Dana ini merupakan program khas untuk membantu usahawan mikro di sembilan (9) daerah Negeri Selangor demi meningkatkan hasil jualan dan sekaligus melahirkan usahawan-usahawan yang berdaya tahan, berdaya saing dan berdaya maju. Setiap tahun sekurang-kurangnya 100 usahawan mendapat manfaat daripada bantuan ini.

     

    Setiap tahun sebanyak RM2 juta hingga RM2.25 juta diperuntukkan bagi program bantuan DUMS ini. Setiap pemohon yang menepati syarat dan kriteria kelayakan yang ditetapkan berpeluang untuk dipertimbangkan untuk menerima bantuan sehingga RM30,000.00. Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

     

    • Rakyat negeri Selangor ataupun yang telah bermastautin lebih daripada 10 tahun;
    • Perusahaan dijalankan di negeri Selangor;
    • Berumur antara 18 – 55 tahun;
    • Nilai jualan kurang daripada RM300,000.00 atau bilangan pekerja seramai 2-5 orang;
    • Perusahaan telah dan masih beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun;
    • Perusahaan dijalankan sepenuh masa; dan
    • Perusahaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

     

    Untuk makluman Yang Berhomat, permohonan bagi Usahawan Mikro yang terkesan akibat banjir yang berlaku pada bulan Disember 2021, telah diberikan perhatian khusus dalam mendapatkan kelulusan permohonan DUMS pada tahun 2022 dan 2023. Ini dapat membantu para Usahawan yang tidak dapat meneruskan perniagaan mereka disebabkan kerosakan barangan dan peralatan yang menjana pendapatan.

  2. Nyatakan jumlah terkini yang menerima geran ini mengikut pecahan DUN.

    Berikut adalah pecahan penerimaan DUMS bagi Tahun 2022 mengikut Daerah:

    INPUT TAMBAHAN:

    Selain daripada bantuan perniagaan geran DUMS, terdapat pinjaman mikrokredit perniagaan yang disediakan oleh Yayasan HIJRAH Selangor. Berdasarkan Kajian Penilain Impak Program Pinjaman Mikrokredit Perniagaan (HIJRAH Selangor) pada Disember 2018 mendapati dua factor utaman seperti berikut:

    • Peningkatan Pendapatan Kasar Perniagaan

    Jumlah responden yang menjan pendapatan kasar perniagaan atas RM5,001.00 telah meningkat dari 50% kepada 59%.

    • Peningkatan Pendapatan Peribadi Bulanan

    Jumlah responden yang menjana pendapatan bulanan peribadi di atas RM1000.00 meningkat dari 85.2% kepada 95.4% dan jumlh responden yang menjana pendapatan RM5,001.00 telah meningkat dari 26.9% kepada 36.9%

Lampiran

Tiada Lampiran.