Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

19) MENARA TELEKOMUNIKASI DI MASJID-MASJID

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah masjid-masjid yang membenarkan syarikat-syarikat TELCO menyewa tapak masjid?

    Tiada masjid yang membenarkan sewaan tanah JAIS untuk syarikat TELCO. Walaubagaimanapun, JAIS telah memberi kebenaran kepada syarikat TELCO di 139 buah masjid.

  2. Berapakah jumlah penyewaan yang dibayar kepada JAIS?

    Kadar sewaan yang ditetapkan adalah di antara RM 3,000.00 hingga RM 4,000.00 bagi setiap tapak.

  3. Adakah masjid-masjid mendapat hasil daripada penyewaan tapak tersebut?

    Ada.

Lampiran

Tiada Lampiran.