Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

12) ISU PANGSAPURI TAMAN TELUK GEDUNG INDAH, PELABUHAN KLANG

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini permohonan baikpulih yang telah dikemukakan oleh MPK kepada Kerajaan Negeri?

    Pihak MPK telah mengemukakan permohonan peruntukan sebanyak RM5.75 Juta kepada Pengerusi Majlis Tindakan Negeri Selangor yang kemudian memanjangkan permohonan tersebut kepada YB Menteri KPKT pada 18 Februari 2021. Di antara kerja-kerja yang dipohon meliputi pembaikan mendapan tanah, struktur bumbung, pembaikan struktur konkrit dan lantai, mengecat bahagian luar bangunan, bumbung dan kerosakan am dan kerja-kerja pendawaian elektrik.

    Setakat ini, pihak KPKT telah meluluskan peruntukan sebanyak RM124,000.00 bagi kerja pembaikan pemegang tangga ‘handrail’ di Blok A & B, Pangsapuri Teluk Gedung Indah pada 30 April 2021.

    Pihak Majlis juga telah mengemukakan permohonan peruntukan bagi kerja pembaikan mendapan bangunan pangsapuri tersebut kepada pihak Jabatan Perumahan Negara, KPKT pada 28 Januari 2022, namun masih belum mendapat maklumbalas sehingga kini.

    Pihak Majlis juga telah mengemukakan permohonan bantuan peruntukan bagi kerja pembaikan mendapan bangunan Pangsapuri Teluk Gedung Indah kepada pihak LPHS melalui surat Majlis bertarikh 28 Januari 2022.

    Pihak LPHS melalui surat bertarikh 7 Mac 2022 telah memaklumkan bahawa pihak LPHS tiada peruntukan khusus untuk kerja pembaikan tersebut dan hanya mempunyai bantuan peruntukan di bawah skim CERIA sahaja.

  2. Bilakah permasalahan di pangsapuri tersebut dapat diselesaikan sebelum menjadi lebih teruk dan tidak boleh dibaikpulih seperti di Pangsapuri Seri Berembang?

    Pihak Majlis tidak mempunyai sebarang peruntukan kewangan (bajet) disebabkan ini merupakan bangunan persendirian dan perkara tersebut diluar bidang kuasa pihak MPK (terpulang kepada Kerajaan Negeri).

  3. Adakah pangsapuri tersebut masih selamat untuk diduduki?

    Kajian menentusahkan kekukuhan pangsapuri tersebut perlu dilaksanakan untuk memastikan keselamatan pangsapuri tersebut, dimana kajian dan analisa kejuruteraan perlu dilaksanakan untuk memastikan kesimpulan kekukuhan pangsapuri tersebut dapat dikeluarkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.