Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

3) SEKURITI MAKANAN

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah Kerajaan Negeri dalam memenuhi Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025?

    Kerajaan Negeri telah mengambil langkah bagi memenuhi Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021 – 2025 dengan mengaplikasikan Dasar Pelan Transformasi Agro Selangor (PeTA) yang merangkumi 5 dasar utama iaitu :

     

    1. Pertanian Bernilai Tinggi (High Value Product);
    2. Pemodenan Pertanian (Agriculture Modernization);
    3. Rantaian Bekalan Makanan Lengkap (Complete Supply Chain);
    4. Pembangunan Agropreneur (Agropreneur Development); dan
    5. Agro Pelancongan (Agro Tourism).

    Objektif PeTA adalah seperti berikut :-

    1. Produktiviti

    Meningkatkan jumlah hasil pengeluaran dan secara langsung meningkatkan jaminan bekalan makanan atau self sufficiency levels (SSL).

     

    1. Ekonomi

    Meningkatkan sumbangan kepada nilai KDNK sektor pertanian (makanan) Negeri Selangor.

     

    1. Modal Insan

    Mewujudkan peluang sumber pendapatan khususnya kepada golongan muda serta menyediakan latihan dan bimbangan secara hands-on kepada mereka yang berminat.

    Bagi pelaksanaan PeTA tersebut, ianya telah dipecahkan kepada 9 kluster iaitu :-

    1. Agro Prihatin
    • Pengurusan lambakan hasil pertanian.
      • Pemberian bantuan / insentif kepada golongan petani, penternak, nelayan dan Industri Asas Tani (IAT).

     

    1. Agro Komuniti
    • Program agro bandar dan kebun komuniti.
    • Agro Siswa.
    • Agro Sekolah.

     

    1. Agro Centre Of Excellence (ACE)
    • Meningkat kajian dan pelaksanaan untuk mengeluarkan benih tanaman, baka ternakan dan akuakultur serta kajian bagi mengurangkan kos makanan ternakan serta penghasilan input-input tanaman yang bersifat mesra alam.

     

    1. Agropreneur Selangor
    • Mewujudkan lebih ramai agroprenuer.
    • Program Ikon Selangor.
    • Pendaftaran agroprenuer.

     

    1. Agro Pelancongan
    • Galakan untuk mewujudkan lebih banyak lokasi agro pelancongan berasaskan projek-projek pertanian yang sedia ada sebagai pendapatan tambahan kepada pengusaha.
    • Melaksanakan program-program bagi mempromosikan lokasi pertanian seperti Pesta D’Bendang dan Sport Fishing.

     

    1. Maju Agro Selangor
    • Program meningkatkan hasil pengeluaran dan pendapatan agroprenuer.
    • Membina dan menaik taraf prasarana berkaitan sektor pertanian.

     

    1. Agro Niaga
    • Mewujudkan lebih banyak pusat-pusat pengumpulan yang lengkap.
    • Promosi hasil segar dan proses di dalam dan luar negara.
    • Mewujudkan lokasi-lokasi jualan secara terus kepada pengguna seperti Selangor Agro Market (SAM) dan Program Agro Ehsan.

     

    1. E-Agro
    • Pusat pengumpulan data-data pertanian seperti kawasan yang sedang diusahakan dengan projek pertanian, jumlah pengusaha sektor pertanian makanan segar dan proses serta maklumat tanah-tanah pertanian milik Kerajaan Negeri dan anak-anak syarikat yang berpotensi untuk dimajukan.
    • Borang-borang permohonan insentif pertanian dan pendaftaran agroprenuer secara atas talian.

     

    1. Smart Selangor Agro Park (SSAP) Dan Smart Selangor Agro Farm (SSAF)
    • Pembukaan lebih banyak Kawasan-kawasan pertanian makanan berteraskan Dasar PeTA.
  2. Apakah tahap kestabilan dan kemampanan sistem makanan kini dan mampu bertahan berapa lama?

    Secara keseluruhannya, Negeri Selangor berada pada tahap yang masih rendah di dalam kebergantungan kepada bekalan makanan dalam negeri atau self sufficiency level (SSL) khususnya bagi sumber makanan protein seperti daging lembu dan kambing di mana ianya masih berada pada tahap kurang dari 5%. Bagi pengeluaran padi pula, hanya 33% sahaja selain dari halia 3.8%, sawi 56.4%, cili 9.1% dan timun 26.7%.

    Hasil segar yang mencapai lebih dari 100% SSL pula adalah seperti tebu (211.8%) dan belimbing (107.7%) manakala ternakan ayam (64.73%) dan telur ayam (44.91%). Melalui indikator kadar peratusan SSL tersebut secara keseluruhannya tidak lebih dari setahun tahap bekalan jika tiada bekalan makanan yang di bawa dari luar Negeri Selangor atau diimport dari negara luar.

  3. Apakah langkah yang diambil bagi memastikan stok makanan mencukupi untuk rakyat semua?

    Langkah-langkah yang telah dan sedang diambil bagi meningkatkan bekalan makanan adalah dengan melaksanakan 5 Dasar PeTA tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.