Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

179) LANDSKAP DI PINTU MASUK

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam membaikpulih dan mencantikkan pemandangan taman di sekitar pintu-pintu masuk ke Batang Kali?

    Satu projek yang dinamakan PNIB (Program Naiktaraf Imej Bandar) dijalankan disepanjang rezab Jalan B113 Jalan Utama Batang Kali- Hulu Yam dengan objektif untuk memperkemaskan serta mengindahkan kawasan rizab jalan tersebut memandangkan itu adalah laluan utama ke Bandar Utama Batang Kali. Kerja-kerja terlibat termasuk penebangan pokok-pokok liar, struktur haram serta gerai lama.

Lampiran

Tiada Lampiran.