Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
177) KEMUDAHAN BALAI RAYA KOMUNITI
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan negeri dapat menyediakan peruntukkan kos fleksibel pembinaan balai raya komuniti di kawasan-kawasan yang tiada kemudahan tersebut?
Pembangunan infrastruktur termasuklah di kawasan luar bandar sentiasa diberi keutamaan oleh Kerajaan Negeri dalam belanjawan yang diumumkan pada setiap tahun. Pembangunan infrastruktur ini adalah penting kerana ianya dapat memacu pembangunan sosio ekonomi di kawasan yang berkaitan.
Selaras dengan hasrat tersebut, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan di bawah Vot P01/ 02005 – Kemudahan Awam/ Asas Desa berjumlah Ringgit Malaysia Satu Juta (RM1 juta), bagi tujuan membina baru atau membaikpulih kemudahan awam dan asas desa seperti dewan/ balai raya dan padang permainan, yang dilaksanakan oleh sembilan (9) Pejabat Daerah dan Tanah.
Dalam hal ini, permohonan bagi membina baru/ membaikpulih/ menaiktaraf balai raya MPKK boleh dikemukakan kepada Pejabat Daerah dan Tanah yang berkenaan untuk disemak dan diperakukan sebelum ianya diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN). Keutamaan akan diberikan berdasarkan kepada keadaan sebenar di tapak serta keperluan setempat manakala kos yang akan diperuntukan adalah berdasarkan Bill of Quantity (BQ) yang disediakan oleh Pejabat Daerah dan Tanah yang berkenaan serta semakan oleh UPEN