Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

174) RODA DARUL EHSAN (RIDE)

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan bercadang untuk mengagihkan kuota peserta berdasarkan jumlah pengundi?

    Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda telah melancarkan Inisiatif Roda Darul Ehsan atau RIDE pada tahun 2020. Inisiatif ini adalah untuk menggalakkan penunggang motosikal mempunyai lesen memandu yang sah. Bermula tahun 2021, inisiatif ini memfokuskan kepada pengiat e-hailing atau kini dikenali sebagai p-hailing. Mengikut data jumlah pemohon dan yang layak menerima inisiatif ini, pemandu p-hailing dari kawasan bandar dan pinggir bandar adalah tertinggi berbanding kawasan lain. Hal ini adalah kerana ramai golongan belia yang terlibat dengan industri ini berada di kawasan berkenaan. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk mengagihkan kuota mengikut jumlah pengundi. Namun, sebarang cadangan bagi penambahbaikan inisiatif ini amat dialu-alukan.

Lampiran

Tiada Lampiran.