Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
173) PERSATUAN IBU TUNGGAL (PITU)
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status bagi IPR pendaftaran ibu tunggal (PITU) yang dikendalikan oleh Yayasan Warisan Selangor (YAWAS) dan apakah keberkesanan program bagi ibu tunggal tersebut?
Untuk makluman Yang Berhormat Batang Kali, buat masa ini tiada sebarang program IPR Pendaftaran Ibu Tunggal (PITU) dilaksanakan di bawah kendalian Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).