Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

172) KELAB GOLF DI BUKIT BERUNTUNG

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha kerajaan dalam menambahbaik kemudahan infrastruktur di Kelab Golf Bukit Beruntung bagi menarik lebih ramai orang untuk mengadakan aktiviti riadah?

    Kerajaan negeri melalui Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (selaku pemilik sepenuhnya Bukit Beruntung Golf & Country Club (BBGC)), sentiasa memastikan kemudahan dan perkhidmatan di BBGC di dalam keadaan yang baik serta dapat menarik ramai pengguna secara berterusan.

    Antara usaha dan langkah yang telah diambil termasuk penstrukturan semula pentadbiran dan pengurusan BBGC (yakni diuruskan semula sendiri oleh BBGC (syarikat milikan MBI) serta penyaluran peruntukan oleh MBI bagi tujuan baikpulih serta penambahbaikan infra sedia ada serta prestasi perkhidmatan.

    Kemudahan serta perkhidmatan yang baik telah menerima sambutan yang menggalakan dari orang ramai/pengguna dan ini dapat dibuktikan dengan peningkatan prestasi BBGC.

    Terdapat 4 segmen / teras perkhidmatan utama yang yang ditawarkan atau diberi oleh BBGC:-

    1. Lapangan golf
    2. Kolam renang / taman tema air (Mini water theme park)
    3. Bilik hotel
    4. Sewaan dewan majlis

     

    • Lapangan golf

    Penyelenggaraan padang golf (“fairway” dan “green”) yang berterusan telah menjadikan lapangan golf di BBGC antara yang menarik perhatian pemain serta komuniti golf khususnya           di Lembah Klang. Sambutan menggalakkan terhadap lapangan golf BBGC boleh dilihat dari statistik berikut :-

      Bulan Jumlah Pertandingan Golf Jumlah pusingan (round) Golf Hasil Jualan Golf
    1 Januari 2021 1916 154,428
    2 Februari 2021 1398 142,306
    3 Mac 2021 5180 416,904
    4 April 2021 4312 318,846
    5 Mei 2021 1089 74,891
    6 Jun 2021
    7 Julai 2021
    8 Ogos 2021 670 63,951
    9 September 2021 2760 273,600
    10 Oktober 2021           – 5189 477,966
    11 November 2021 2 4510 412,046
    12 Disember 2021 10 5034 461,014
    13 Januari 2022 15 5503 525,137
    14 Februari 2022 15 4915 468,241

     

    • Kolam renang/taman tema air (mini water theme park)

    Kemudahan yang disediakan dengan penyelenggaraan serta pembaikan berterusan telah menarik ramai pengunjung terutamanya pengunjung tempatan. Berikut adalah jumlah pengunjung sehingga        Februari 2022 :-

     

      Bulan Jumlah Pengunjung
    1 Januari 2021 827
    2 Februari 2021 115
    3 Mac 2021 2,472
    4 April 2021 2,669
    5 Mei 2021 194
    6 Jun 2021
    7 Julai 2021
    8 Ogos 2021
    9 September 2021 2,324
    10 Oktober 2021 10,523
    11 November 2021 7,173
    12 Disember 2021 6,578
    13 Januari 2022 5,764
    14 Februari 2022 5,508

     

    • Bilik hotel

    Dengan penstrukturan semula operasi BBGC, melalui proses RFP,   BBGC telah melantik operator luar untuk membaik pulih serta menjalankan operasi jualan  bilik atau perkhidmatan perhotelan dan     perkhidmatan ini semakin mendapat       sambutan. Sehingga Februari 2022, jumlah jualan bilik adalah seperti berikut :-

     

    Bulan Jumlah Jualan Bilik % (occupancy)
    1 Disember 2021 605 40%
    2 Januari 2022 652 42%
    3 Febuari 2022 711 46%

     

    • Sewaan dewan majlis

    BBGC turut menjalankan proses baik pulih dan naik taraf ‘Ruang  Majlis’ (Ball   Room) yang dapat menarik perhatian masyarakat   setempat untuk memilih  BBGC sebagai lokasi mengadakan majlis perkahwinan dan keraian. Lanjutan dari kelonggaran SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan   Malaysia, dewan ini sentiasa digunapakai untuk majlis-majlis tertentu.

     

    PERANCANGAN PENAMBAHBAIKAN INFRA DAN KEMUDAHAN PERKHIDMATAN YANG DIRANCANG UNTUK TAHUN 2022

    Perancangan yang bakal dilaksanakan pada suku ketiga 2022 adalah seperti berikut :-

     

    1. Kerja Pemuliharaan untuk pengoperasian semula 9 lubang ketiga (3rd 9-nine) lapangan golf. Kerja-kerja ini adalah persediaan untuk memenuhi permintaan pemain golf tempatan juga persediaan untuk menerima kehadiran pemain dari luar negara khususnya dari Korea.

     

    1. Kerja-kerja penyelenggaraan serta baik pulih lapang sedia ada (18 holes of East Course) untuk menjadikan lapangan tersebut bertambah baik dan menarik termasuk kerja-kerja baikpulih ‘bunkers’, sistem saliran bawah tanah, laluan buggy, beberapa ‘tee boxes’ dan ‘green’.

     

    1. Membaik pulih “Bowling Alley” yang kini telah mula menerima permintaan peminat sukan boling tempatan agar gelanggang boling dibaikpulih dan dibuka semula.

Lampiran

Tiada Lampiran.