Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

169) MENAIK TARAF KAWASAN MELETAK KENDERAAN DI SEKOLAH DAERAH SEPANG

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang menaik taraf kawasan meletak kenderaan di SK Kota Warisan dan SMK Bukit Puchong 2 bagi kemudahan kepada guru dan staf di sekolah tersebut?

    Jabatan Pendidikan Negeri Selangor sentiasa peka akan kemudahan dan keselesaan warga sekolah di Negeri Selangor khasnya tempat meletakkan kenderaan di kawasan sekolah untuk guru dan staf. Sekiranya kawasan parkir kenderaan dalam kawasan sekolah rosak, berlopak atau berlubang pihak sekolah boleh terus berhubung dan membuat aduan secara bertulis berserta gambar ke Pejabat Pendidikan Daerah. Pihak Pejabat Pendidikan Daerah akan membuat lawatan dan membuat anggaran kos baik pulih atau jika perlu menaik taraf lalu dipanjangkan ke Sektor Infrastruktur dan Perolehan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor untuk tindakan lanjut Sekiranya peruntukan masih ada, maka Sektor Infrastruktur akan menyalurkan peruntukan terus ke Pejabat Pendidikan Daerah untuk tindakan baik pulih atau naik taraf. Seandainya peruntukan telah habis atau tiada peruntukan semasa, Sektor Infrastruktur dan Perolehan JPN Selangor akan memohon peruntukan kepada Bahagian Perolehan Aset Kementerian Pendidikan Malaysia. Untuk makluman ahli mesyuarat, Yang Berhormat, tiada sekolah SMK Bukit Puchong 2, yang ada ialah SMK Bandar Bukit Puchong yang masih belum dibina dan baharu sahaja lulus permohonan bajet dalam RMK 12, Roling Plan (RP)1 tahun 2021.

Lampiran

Tiada Lampiran.