Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

168) BANTUAN BANJIR BAGI PREMIS PERNIAGAAN, PENTERNAKAN, PERTANIAN DAN MAAHAD TAHFIZ

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor dalam membantu peniaga dan penternak yang telah mengalami kerosakan peralatan perniagaan dan juga kematian haiwan ternakan disebabkan banjir teruk yang berlaku pada Disember 2021?

    Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM1,500,000.00 bagi membantu semua golongan warga tani bagi tahun 2022 ini yang merangkumi bantuan-bantuan berbentuk input-input pertanian, peralatan, penternakan dan Industri Asas Tani (IAT). Bantuan ini turut termasuk warga tani secara keseluruhannya yang terkesan akibat daripada bencana banjir yang berlaku pada penghujung tahun 2021.

  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor dalam membantu meringankan beban pengusaha-pengusaha Maahad Tahfiz dan sekolah-sekolah pondok yang telah mengalami kerosakan harta benda disebabkan banjir yang berlaku pada tahun Disember 2021?

    Buat masa ini Kerajaan Negeri mendahulukan baikpulih bangunan-bangunan di bawah pentadbiran JAIS. Bagi tujuan ini, pihak JAIS terpaksa merancang dan melaksanakan dasar perbelanjaan yang agak ketat kerana peruntukan semasa yang sangat terhad. Sehubungan dengan itu, disebabkan pihak JAIS tidak mempunyai lebihan peruntukan, Kerajaan Negeri perlu mempertimbangkan untuk membaikpulih Maahad Tahfiz dan sekolah-sekolah pondok yang terkesan dengan bencana banjir

Lampiran

Tiada Lampiran.