Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

167) KERJA MENAIK TARAF LONGKANG DI DAERAH SEPANG DAN DAERAH KUALA LANGAT

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status kerja-kerja menaiktaraf longkang tanah kepada longkang konkrit di laluan FT 31 Banting-Semenyih dan bilakah kerja-kerja ini dijangka siap?

    Pada tahun 2021, JKR Sepang telah menerima peruntukan dan dilaksanakan melalui konsesi Roadcare (M) Sdn. Bhd. berjumlah RM 500,000.00 bagi menaiktaraf longkang tanah kepada longkang konkrit di laluan FT31 Banting – Semenyih, seksyen 19.00-21.00. Kerja ini telah disiapkan pada 19 Oktober 2021. Bagi tahun 2022, permohonan peruntukan telah dimajukan ke Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia untuk dilaksanakan di bawah pihak konsesi. Pembaikan akan dibuat selepas peruntukan diluluskan.

  2. Apakah status kerja-kerja membaiki longkang rosak di laluan FT 31 Semenyih-Banting Kuala Langat dan bilakah kerja-kerja ini dijangka siap?

    Pada tahun 2021, JKR Kuala Langat telah menerima peruntukan dan dilaksanakan melalui konsesi Roadcare (M) Sdn. Bhd. berjumlah RM 80,000.00 bagi membaiki longkang yang rosak di laluan FT31 Jalan Banting Semenyih, seksyen 9.00 – 9.30. Kerja ini telah disiapkan pada 16 April 2021. Bagi tahun 2022, permohonan peruntukan telah dimajukan ke Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia untuk dilaksanakan di bawah pihak konsesi. Pembaikan akan dibuat selepas peruntukan diluluskan

Lampiran

Tiada Lampiran.