Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
165) MENAIK TARAF MASJID DI DAERAH SEPANG
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menaik taraf Masjid Jameatus Solehah, Pekan Dengkil dan juga Masjid Al-Mustaqim, Kg Dato' Abu Bakar Baginda yang melebihi kapasiti jemaah masjid?
Masjid Jameatus Solehah Pekan Dengkil telah dimasukkan ke dalam Rancangan Pembangunan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan dijangka akan mula dibangunkan pada tahun 2023.
Pembinaan masjid baru bagi memggantikan Masjid Al-Mustaqim, Kg Abu Bakar Baginda tidak dimasukkan dalam RMK-12. Hal ini kerana tiada tapak khas bagi pembinaan masjid tersebut selain masjid yang berkedudukan hampir dengan dua masjid dan satu surau kebenaran jumaat yang ada iaitu Masjid UNITEN, Masjid Institut Pendidikan Guru Malaysia, Sg. Merab dan Surau Kebenaran Jumaat Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) OKU yang masih boleh menampung jemaah di kariah berkenaan