Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

160) ADUAN BERKENAAN KLINIK DESA PULAU KETAM TIDAK DAPAT BEROPERASI KERANA STRUKTURNYA SUDAH ROSAK

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Aduan berkenaan klinik Desa Pulau Ketam tidak dapat beroperasi di sebabkan struktur klinik yang sudah rosak(tidak selamat untuk diduduki-ulasan dari pihak JRK)apakah perangcangan Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan masalah ini ,adakah perancangan untuk membaiki auat membina klinik desa yang baru bagi pemduduk Pulau Ketam?

    Pulau Ketam mempunyai tiga (3) fasiliti kesihatan iaitu Klinik Kesihatan Pulau Ketam, Klinik Desa Bagan Teochew dan Klinik Desa Sungai Lima. Klinik Kesihatan Pulau Ketam telah beroperasi sejak tahun 1960. Klinik ini telah menerima laporan dari Ibu Pejabat JKR Forensik yang menyatakan bangunan klinik dan kuarters ini tidak selamat diduduki berikutan struktur tiang konkrit telah terhakis disebabkan kesan pasang surut air laut. Klinik ini telah ditutup operasi pada 24 Disember 2018 dan terpaksa beroperasi di bangunan sementara Dewan Rukun Tetangga bersebelahan bangunan klinik yang sedia ada.

    Merujuk kepada laporan tersebut, bangunan ini telah disahkan tidak ekonomi untuk dibaiki dan jangka hayat selepas dibaiki tidak dapat dipastikan memandang bangunan sedia ada telah mencapai jangka hayat rekabentuk (usia bangunan 62 tahun). Oleh yang demikian, Kementerian Kesihatan Malaysia telah membuat permohonan projek roboh dan bina baru Klinik Kesihatan Dengan Kuarters Pulau Ketam pada RMK-12 (Rolling Plan 1) namun tidak diluluskan. Kementerian Kesihatan Malaysia bercadang akan memohon semula projek ini di dalam Rolling Plan akan datang. Bagi Klinik Desa Bagan Teochew dan Sungai Lima juga turut terpaksa ditutup berikutan kerosakan pada struktur bangunan sedia ada yang telah reput akibat daripada kesan pasang surut air laut dan di makan anai-anai. Kerja-kerja pembaikan pernah dilaksanakan walau bagaimanapun kos pembaikan yang tinggi berikutan kerosakan teruk dan lokasi tapak daripada jeti yang sangat jauh

Lampiran

Tiada Lampiran.