Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

157) ADUAN BERKENAAN LALUAN TURUN JAMBATAN KETIGA KLANG TERUTAMA WAKTU PUNCAK

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Saya menerima aduan dari penduduk berkenaan lauan turun dari jambatan ketiga Klang terutama waktu puncak.banyak kenderaan mengambil jalan mudah untuk membuat pusingan u-trun di situ dan akan menyebabkan dan menjadi punca kemalangan. Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalh risiko kemalangan di tempat ini?

    Pada masa ini terdapat penghadang jalan sedia ada iaitu jenis konkrit (New Jersey Barrier – NJB) bertujuan untuk menghalang pengguna jalanray membuat pusingan ‘U’ di lokasi berkenaan. Walaubagaimanapun, masih terdapat pengguna jalan raya yang melakukan pusingan ‘U’ dengan mengalihkan penghadang konkrit tersebut. Sebagai langkah penambahbaikan, pihak Majlis akan memasang penghadang baru dari jenis ‘lane block’ bagi menggantikan penghadang sedia ada dari arah turun jambatan sehingga ke persimpangan lampu isyarat Jalan Sungai Udang/ Jalan Sungai Bertih. Pihak Majlis telah melantik kontraktor dan kerja ini dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan tahun 2022.

Lampiran

Tiada Lampiran.