Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

147) PERUMAHAN

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini pembinaan Rumah Idaman rakyat Selangor dan Rumah Selangorku melibatkan permohonan, rumah siap dan rumah tidak siap mengikut daerah?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Insentif Galakan Pembinaan Rumah Mampu Milik (Rumah Selangorku Harapan dan Rumah Idaman MBI) Pasca Covid-19 telah mula diperkenalkan pada tahun 2020. Secara keseluruhannya, sebanyak 44,304 unit Rumah Idaman MBI telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sehingga 31 Januari 2022. Sehingga 31 Januari 2022, sebanyak 4,819 unit sedang dalam pembinaan dan sebanyak 39,485 unit masih dalam peringkat perancangan. Berikut merupakan pecahan kelulusan mengikut daerah :-

     

    Statistik Rumah Idaman MBI Yang Diluluskan Dalam Pembinaan

    Bil. Daerah Bil Projek Bil Unit
    1. Hulu Langat 1 2,059
    2. Sepang 1 1,448
    3. Kuala Langat 1 1,312
    Jumlah Unit 4,819

     

    Statistik Rumah Idaman MBI Yang Diluluskan Dalam Perancangan

    Bil. Daerah Bil Projek Bil Unit
    1. Petaling 6 16,751
    2. Klang 1 929
    3. Gombak 1 2,252
    4. Sepang 6 14,574
    5. Kuala Langat 1 2,150
    6. Kuala Selangor 2 2,607
    7. Sabak Bernam 1 222
    Jumlah Unit 39,485

     

    Bagi pembangunan Rumah Selangorku (RSKU) pula, secara keseluruhannya sebanyak 120,849 unit telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sehingga 31 Januari 2022. Sehingga 31 Oktober 2022 sebanyak 27,070 unit RSKU telah siap dibina, 14,013 sedang dalam pembinaan dan baki sebanyak 79,766 unit masih diperingkat perancangan. Berikut merupakan pecahan kelulusan mengikut daerah :-

     

    Statistik Rumah Selangorku Yang Telah Siap Dibina

    Bil. Daerah Bil Projek Bil Unit
    1. Petaling 13 7,359
    2. Klang 10 4,134
    3. Gombak 6 1,646
    4. Hulu Langat 20 5,940
    5. Sepang 10 4,367
    6. Kuala Langat 2 200
    7. Kuala Selangor 8 2,753
    8. Hulu Selangor 6 576
    9. Sabak Bernam 2 95
    Jumlah Unit 77 27,070

     

    Statistik Rumah Selangorku Sedang Dalam Pembinaan

    Bil. Daerah Bil Projek Bil Unit
    1. Petaling 8 2,705
    2. Klang 3 708
    3. Gombak 4 735
    4. Hulu Langat 14 3,348
    5. Sepang 7 2,859
    6. Kuala Langat 6 1,472
    7. Kuala Selangor 9 1,536
    8. Hulu Selangor 3 650
    Jumlah Unit 54 14,013

     

    Statistik Rumah Selangorku Dalam Perancangan

    Bil. Daerah Bil Projek Bil Unit
    1. Petaling 30 13,883
    2. Klang 17 8,402
    3. Gombak 34 16,525
    4. Hulu Langat 28 11,741
    5. Sepang 25 13,837
    6. Kuala Langat 10 8,854
    7. Kuala Selangor 16 5,072
    8. Hulu Selangor 7 1,428
    9. Sabak Bernam 1 24
    Jumlah Unit 168 79,766

Lampiran

Tiada Lampiran.