Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

144) MBI SELANGOR

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah sumbangan dan tajuk program oleh syarikat GLC di bawah MBI Selangor mengikut DUN sepanjang tahun 2020 - 2021?

    Untuk makluman, CSR Kumpulan MBI menerima banyak permohonan CSR daripada pelbagai pihak setiap tahun, maka tiada maklumat spesifik mengikut DUN. Sumbangan untuk aktiviti CSR adalah merangkumi kategori / program seperti berikut:-

    ▪         Keagamaan / Moral / Kebajikan

    ▪         Pembangunan infrastruktur

    ▪         Program Kerajaan Negeri

    ▪         Pembangunan Sukan

    ▪         Pembangunan Sosial

    ▪         Pendidikan   

    Jumlah sumbangan MBI dan  anak syarikat utama milikan MBI kepada Kerajaan Negeri bagi pelaksanaan inisiatif sosial bagi tahun 2020 dan 2021 adalah seperti perincian berikut;

    Nama Syarikat 2020

    (RM)

    2021

    (RM)

    Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (“MBI”) 86,594,000 73,972,000
    Permodalan Negeri Selangor Berhad 6,944,000 13,828,000
    KDEB Waste Management Sdn Bhd 1,044,000 1,366,000
    Kumpulan Semesta Sdn Bhd 7,261,000 10,807,000
    Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd 178,000 197,000
    Tourism Selangor Sdn Bhd 10,000
    Media Selangor Sdn Bhd 10,000 417,000
    Bukit Beruntung Golf & Country Resort Berhad 365,000
    SSDU Innovations Sdn Bhd 116,000
    Invest Selangor Berhad 10,000 20,000
    Pendidikan Industri YS Sdn Bhd 2,213,000 1,686,000
    Jumlah (RM) 104,254,000 102,784,000

Lampiran

Tiada Lampiran.