Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
143) SUMBANGAN ANAK SYARIKAT BERKAITAN KERAJAAN
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan sumbangan syarikat - syarikat berkaitan selangor kepada kewangan negeri selangor bagi tahun 2019 - 2021?
Sumbangan yang disalurkan oleh Kumpulan MBI kepada kewangan Negeri Selangor adalah melalui pembiayaan program atau inisiatif samada secara langsung atau tidak langsung selaras dengan peranan penubuhannya untuk mempromosikan dan menyokong usaha pembangunan Kerajaan Negeri serta melaksanakan tanggungjawab sosial kepada rakyat:-
i. Bantuan kewangan kepada anak syarikat milikan MBI yang bersifat bukan komersial yang meneraju inisiatif-inisiatif (sedia ada) Kerajaan Negeri Selangor:
- Program-program yang dilaksanakan bermatlamat untuk menambah baik taraf sosio ekonomi dan kehidupan golongan yang memerlukan.
- Pendedahan kemahiran dan sukatan pembelajaran memberi peluang untuk berdikari dan berdaya saing.
ii. Bantuan kewangan kepada anak syarikat milikan MBI di dalam kategori peralihan:
- Menerajui projek-projek berdaya impak tinggi terhadap ekonomi Negeri Selangor dan Malaysia.
- Menjadi pemangkin kepada creation of new generation jobs.
- Mempergiat industri pelancongan Negeri Selangor.
- Meningkatkan nilai keindahan dan kebersihan alam sekitar.
iii. Dana untuk pelaburan baru yang strategik untuk menjana pendapatan berterusan di peringkat MBI dan Kumpulan dan Kerajaan Negeri Selangor.
Jumlah sumbangan yang disalurkan oleh Kumpulan MBI kepada kewangan Negeri Selangor bagi membiayai program atau inisiatif menyokong usaha pembangunan Kerajaan Negeri serta melaksanakan tanggungjawab sosial kepada rakyat bagi tahun 2019 hingga 2021 adalah seperti berikut:
Nama Syarikat 2019 (RM) 2020 (RM) 2021 (RM) Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (“MBI”) 75,933,000 86,594,000 73,972,000 Permodalan Negeri Selangor Berhad 8,053,000 6,944,000 13,828,000 KDEB Waste Management Sdn Bhd 1,346,000 1,044,000 1,366,000 Kumpulan Semesta Sdn Bhd 7,055,000 7,261,000 10,807,000 Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd 59,000 178,000 197,000 Tourism Selangor Sdn Bhd – – 10,000 Media Selangor Sdn Bhd – 10,000 417,000 Bukit Beruntung Golf & Country Resort Berhad – – 365,000 SSDU Innovations Sdn Bhd 53,000 – 116,000 Invest Selangor Berhad – 10,000 20,000 Pendidikan Industri YS Sdn Bhd 1,725,000 2,213,000 1,686,000 Jumlah (RM) 94,224,000 104,254,000 102,784,000