Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

136) PAJAKAN TANAH

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah dasar untuk menentukan nilai dan tempoh pajakan tanah di Selangor?

    Tempoh pajakan tanah di Selangor adalah ditentukan berdasarkan Kanun Tanah Negara 1965 (KTN) dan penilaian oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan (JPPH).

  2. Nyatakan statistik pembaharuan pajakan tanah mengikut daerah di Selangor?

    1. Statistik pembaharuan pajakan tanah mengikut daerah di Selangor dari tahun 2018 sehingga Disember 2021 adalah seperti berikut:
    BIL. DAERAH JUMLAH PERMOHONAN PEMBAHARUAN PAJAKAN
    1. PETALING 138
    2. KLANG 89
    3. HULU LANGAT 243
    4. GOMBAK 151
    5. KUALA LANGAT 112
    6. KUALA SELANGOR 157
    7. HULU SELANGOR 74
    8. SEPANG 24
    9. SABAK BERNAM 23
      Jumlah 1011

     

     

     

     

     

     

     

     

     

  3. Apakah Kerajaan Negeri bercadang memberi tempoh pajakan sehingga 999 tahun?

    Berdasarkan Seksyen 76 Kanun Tanah Negara 1965 (KTN) yang telah menetapkan bahawa pemberimilikan tanah Kerajaan dalam keadaan biasa hendaklah tidak melebihi 99 tahun dan Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk melanjutkan tempoh pajakan sehingga 99 tahun

Lampiran

Tiada Lampiran.